Perpustakaan Desa Felda Kemelah menyediakan banyak bahan rujukan

Bukan Khutub Khanah Biasa

D

ari aspek pentadbiran, Perpustakaan Desa Kemelah diletak di bawah pentadbiran Perpustakaan Negeri Johor. Seorang penyelia ditempatkan di sini bagi menguruskan pentadbiran perpustakaan ini. Bagaimanapun ia tidak hanya beroperasi sebagai khutub khanah biasa tetapi juga sebagai pusat IT (teknologi maklumat) melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek ini antara lain bertujuan merapatkan jurang IT di kalangan para penduduk setempat. Bagi mencapai hasrat itu projek USP telah dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kerja Raya, Perpustakaan Negara serta agensi korporat swasta seperti Maxis.

 
 
Kemudahan internet secara percuma turut disediakan

Perpustakaan Desa Felda Kemelah terletak di dalam kawasan perkampungan yang diliputi oleh kelapa sawit dan pokok getah. Ia terletak berhadapan dengan balai raya dan pusat Gerakan Pertubuhan Wanita (GPW). Perpustakaan Desa Felda Kemelah agak istimewa kerana terletak di tengah-tengah kampung. Perpustakaan desa ini menjadi tumpuan kanak-kanak menjelang cuti sekolah.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan desa iaitu pertandingan membaca nilam, wewarna dan bercerita. Pihak JKKK Kampung Felda turut melibatkan diri dalam aktiviti yang pernah dianjurkan oleh perpustakaan seperti menyediakan hadiah dalam bentuk buku kepada para pemenang. Selain itu, perkhidmatan yang diberikan kepada mereka adalah percuma.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK