Antara pelapis baru harapan penduduk Felda Kemelah

Perkataan "Come-lah" Mencetuskan Ilham

F
  "... nama Felda Kemelah diambil bersempena nama Sungai Kemelah. Walaupun begitu ada juga yang mengatakan nama Sungai Kemelah diperoleh daripada nama seorang gadis orang Asli bernama Kemelah."
   

elda Kemelah dibuka pada tahun 1961 dan mempunyai keluasan 1,969 hektar. Pada asalnya hanya 113 buah keluarga yang berjaya mendapat tempat di felda ini. Walaupun begitu, kesungguhan dan kesabaran peneroka mengubah rupa Felda Kemelah yang dahulunya dikenali sebagai Felda Tenang Station.

Menurut cerita orang-orang tua, nama Felda Kemelah diambil bersempena nama Sungai Kemelah. Walaupun begitu ada juga yang mengatakan nama Sungai Kemelah diperolehi daripada nama seorang gadis orang Asli bernama Kemelah yang sering membasuh pakaian di kawasan muara sungai itu. Gadis itu dipercayai datang dari perkampungan orang Asli berhampiran di situ.

Sementara pendapat lain mengatakan nama Kemelah diperolehi daripada sebutan “come-lah” yang sering dituturkan oleh Sir A.L Gwybe. Beliau ialah antara Pengurus Felda Kemelah sekitar tahun 1960-an. Disebabkan pada ketika itu sambutan penduduk tempatan untuk menyertai peneroka Felda tidak mendapat sambutan, beliau sentiasa berusaha bersua dengan penduduk di kampung-kampung sekitar Segamat malah sehingga ke Muar dan Batu Pahat.

"Felda Kemelah telah ditadbir oleh lapan orang pengurus yang berwibawa sehingga membawa kejayaan kepada peneroka-penerokanya"  
   

 
Felda Kemelah banyak menyimpan sejarah pada zaman dahulu
 

Ketika bertemu penduduk kampung, beliau sering mengajak penduduk menjadi peneroka dan perkataan yang sering disebutnya ialah “come-lah” yang bermakna “datanglah”. Oleh sebab perkataan loghat Inggeris-Melayu itu disebut berulang-ulang maka lama-kelamaan tercetuslah nama Felda Kemelah. Bagaimanapun, penempatan ini dahulunya dikenali dengan nama Rancangan Tanah L.K.T.P Tenang Stesen. LKTP ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA.

Sepanjang sejarahnya, Felda Kemelah telah ditadbir oleh lapan orang pengurus yang berwibawa, bermula dengan Sir A.L. Gwyne pada tahun 1961 sehingga 1967. Beliau kemudiannya digantikan oleh Abu Hassan Mamat (1967-1970). Pengurus ketiga ialah Selvadurai (1970-1977) dan Baharuddin Bin Karim (1977-1982). Pengurus seterusnya ialah N.V Singgam (1982-1989), Ariffin Mammod Aladad Khan (1989 -1990), Omar Samani(1990-2004) dan yang terkini jawatan itu disandang oleh Haji Shahadan Awang.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK