Warga emas berbakat besar dalam mengalunkan muzik ghazal

Ghazal Membuai Kesunyian Malam

F
 
 
Gambus dipetik mengindahkan lagi irama

elda Kemelah dihuni kira-kira 2,150 orang daripada 431 buah keluarga peneroka yang kesemuanya berbangsa Melayu. Pada peringkat awal, Felda ini hanya diteroka oleh 133 keluarga yang meneroka seluas lapan ekar tanah bagi setiap keluarga. Kebanyakan peneroka adalah warga tua tetapi begitu kuat berpegang kepada adat kesenian Johor terutama muzik Ghazal. Ia menjadi hobi ketika masa lapang atau pada waktu-waktu selepas bekerja di ladang. Bagi golongan tua yang menjadi pemain muzik serta penyanyi, bermain muzik ghazal bukanlah sesuatu yang rumit. Walaupun begitu, minat yang mendalam penting untuk membentuk sebuah kumpulan muzik ghazal yang baik walaupun kurang dihayati oleh anak-anak muda.

 
Gesekan biola turut menggamit suasana
 

 
Dendangan merdu mengisi kesunyian malam
 

Pada majlis-majlis tertentu, kumpulan ghazal ini masih lagi mendapat penghormatan baik daripada kalangan peneroka. Kumpulan ghazal ini sering dijemput untuk menghiburkan para tetamu pada majlis kenduri kahwin atau pun pada majlis-majlis anjuran FELDA. Dimainkan bersama peralatan muzik seperti gendang tabla dan tamborin, muzik ghazal biasanya berima gambus sekaligus membuai kesunyian malam.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK