Menjual Sekerap
eperti kawasan FELDA yang lain, aktiviti penanaman pokok kelapa sawit dan getah merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang giat dijalankan di sini. Biasanya, peneroka di sini mengusahakan ladang secara berkelompok. Kebanyakan dari peneroka kini mengusahakan tanah yang dimiliki oleh mereka di kawasan seluas 1,969 hektar.
Bahang permintaan dunia yang semakin meningkat terhadap getah, meluaskan lagi peluang kepada penduduk Felda mengusaha pokok getah dan kini ia mendapat permintaan tinggi dengan harga yang lumayan. Bagi penoreh getah, sekilogram getah dijual pada harga RM2.00. Getah yang dijual hanya dalam bentuk getah sekerap iaitu getah beku atau nama saintifiknya Havea brasiliensis. Kebiasaannya, getah beku akan dihantar ke kilang-kilang untuk diproses.
|