Skim Tuisyen Felda
| |
 |
| |
| Kawasan persekitaran sekolah sentiasa dijaga rapi dan bersih |
|
endidikan adalah jalan keluar dari kepompong kemiskinan. Melalui ketinggian ilmu manusia akan lebih dihormati. Malah, sesebuah negara itu akan maju jika ramai rakyatnya mempunyai pendidikan yang tinggi. Memandangkan ilmu merupakan faktor terpenting bagi mengukur kejayaan, Felda memberi penekanan terhadap penguasaan akademik sejak anak-anak peneroka di peringkat Tadika lagi.
Di peringkat rendah, anak-anak peneroka bersekolah di Sekolah Rendah (Felda) Kemelah yang terletak di dalam kawasan Felda sendiri. Di peringkat menengah pula, mereka akan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tenang Station yang sejauh enam kilometer. Sekolah menengah ini menjadi tumpuan majoriti anak-anak peneroka.
Dalam pada itu, atas keprihatinan Felda, Skim Tuisyen Felda (STF) diperkenalkan sejak empat tahun lalu. Melalui skim ini, anak-anak peneroka Felda diberikan kelas tuisyen secara percuma dengan kerjasama sekolah-sekolah berkenaan. Pihak pengurusan Felda memperuntukkan sejumlah 20 juta untuk melaksanakan STF di seluruh kawasan Felda seluruh negara.
“Cyberkids Camp’’
Sekolah Kebangsaan Felda Kemelah agak bertuah jika dibandingkan dengan sekolah lain di sekitar Daerah Segamat. Pada 7 hingga 13 April 2007 beberapa orang murid dari sekolah ini telah terpilah meyertai KTAK- Maxis Cyberkids Camp di Seri Warisan Resort Ayer Keroh Melaka. Program ini merupakan projek komuniti yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama Maxis untuk meningkatkan tahap celik IT di dalam bidang pembuatan laman web kepada pelajar-pelajar sekolah. Hanya 16 buah sekolah rendah yang dipilih di seluruh negara. Oleh itu, pemilihan murid-murid ini merupakan satu kejayaan yang menjadi sejarah.
Melalui pelbagai program pendidikan yang diatur, anak-anak peneroka kini bukan sahaja berjaya memasuki menara gading tetapi juga menguasai pelbagai bidang dan disiplin ilmu serta pekerjaan seperti kejuruteraan, perakaunan, perbankan, pendidikan, teknologi dan lain-lain. |