Kemudahan Kesihatan Diyakini
agi perkhidmatan kesihatan, penduduk Kampung Felda Kemelah boleh menikmati kemudahan kesihatan melalui Klinik Desa Kampung Felda Kemelah. Jururawat Masyarakat adalah antara kakitangan yang bertugas terutama berkaitan rawatan kepada ibu mengandung dan kanak-kanak. Klinik juga memberikan perkhidmatan pesakit luar, program perancangan keluarga untuk pasangan suami isteri serta pendidikan pemakanan dan juga kesihatan.
 |
|
| Klinik Kesihatan yang disediakan dapat memberi bantuan rawatan kepada penduduk |
|
|
Di samping itu perkhidmatan Klinik Warga Sihat pula mengadakan saringan untuk mengesan risiko penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi kepada semua penduduk. Waktu operasi Klinik Desa Felda Kemelah bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja biasa. |