e
 
 
   
  Pegawai pos begitu mesra semasa menjalankan tugas

Kehidupan Berjalan Lancar Dengan Prasarana Lengkap

K

emudahan asas yang ada di kampung ini adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan juga sistem komunikasi. Semua kemudahan ini diperolehi warga Felda tanpa masalah walaupun umum menganggap perkampungan Felda agak jauh di pedalaman. Sementara itu, beberapa kemudahan awam turut disediakan sama ada oleh pihak pengurusan Felda atau agensi-agensi kerajaan yang lain mahupun swasta. Antaranya, surau, balai raya, masjid, padang permainan dan padang bola.

 
 
Tangki air besar disediakan untuk penduduk


Selain itu, kemudahan jalan raya yang berturap menghubungkan Felda ini bukan sahaja ke kampung-kampung sekitar tetapi juga ke bandar-bandar. Kewujudan jalan raya yang baik membolehkan kegiatan perniagaan, perhubungan dan lain-lain menjadi lebih lancar. Kemudahan bas awam Yow Hoe dari Labis ke Bandar Segamat boleh diperolehi setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga jam 6.00 petang di samping perkhidmatan teksi atau kereta sewa.


 
Penafian | Laman Web KTAK