Pekebun Kecil
| |
 |
| |
| Buah kelapa sawit dikumpulkan sebelum dijual |
|
ekan yang berhampiran dengan Felda Kemelah ialah Tenang Station yang “setenang” namanya. Pekan ini menjadi salah satu pusat tumpuan penduduk Felda Kemelah dan masyarakat dari kampung-kampung berdekatan. Pelbagai jenis kedai, pejabat pos, bank, balai polis dan banyak kemudahan lain berada di sini. Pekan ini boleh juga dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan kereta api dan juga jalan raya. Penumpang - penumpang kereta api boleh mendapatkan perkhidmatan itu daripada Stesen Tenang atau Tenang Station.
Kawasan sekitar Felda Kemelah juga merupakan penempatan para peneroka menerusi beberapa agensi kerajaan yang lain. Antaranya ialah tanah rancangan Risda Sekijang dan Felcra Sekijang membabitkan pekebun kecil getah dan kelapa sawit. Kampung Kwongsai antara kampung tradisional yang berhampiran. Dari sudut sejarah, Tenang Station banyak dikaitkan dengan kegiatan komunis pada masa lampau. |