Wakil JKKK yang memberi keterangan semasa sesi temu bual

Penghubung Peneroka

A

hli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau lebih dikenali sebagai JKKK (dahulunya Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan/JKKR) dilantik untuk memastikan kelancaran pentadbiran kampung. Selain itu, jawatankuasa ini juga dilantik untuk menjadi penghubung antara masyarakat Felda dengan agensi-agensi kerajaan. Oleh itu, JKKK boleh diumpamakan seperti orang tengah yang berfungsi untuk menyatu-padukan para penduduk kampung.

JKKK Felda Kemelah diketuai oleh Ramali Bin Rahmat selaku Pengerusi. Beliau boleh dihubungi di talian 019-7651414 untuk memudahkan penduduk setempat mengadu sebarang masalah. Haji Aris Bin Bidin pula bertindak sebagai Setiausaha JKKK dan boleh dihubungi di talian 019-7894042 manakala jawatan Bendahari JKKK dipegang oleh Nora Othman. Beliau boleh dihubungi di talian 019-7845133.

Terdapat lima biro JKKK yang ditubuhkan untuk memastikan aspirasi pembangunan kampung berjaya dilaksanakan. Di antara biro-biro tersebut adalah Biro Kesenian dan Keharmonian, Biro Pendidikan, Biro Ladang dan Biro Ekonomi. Biro Ekonomi pernah menganjurkan projek penternakan ayam daging. Menerusi projek tersebut, sebanyak lima buah reban telah diusahakan dengan purata 6,000 ekor ayam diternak. Jumlah tersebut boleh memberi pendapatan kira-kira RM5,000 semusim dan telah dijayakan oleh dua orang peserta.

JKKK juga mengembleng tenaga untuk mendapatkan penyertaan penduduk bagi mengukuhkan aktiviti kelab ghazal. Kesenian tradisional ini masih mendapat permintaan yang menggalakkan bukan sahaja dari sekitar Johor tetapi juga Kuala Lumpur. JKKK amat berharap kesenian ini dapat diwarisi oleh generasi muda hari ini.



 
Penafian | Laman Web KTAK