Antara peneroka getah wanita yang gigih mencari rezeki

Getah dan Kelapa Sawit

S
 
 
Sekian lama getah menyumbang kepada pendapatan penduduk setempat

ebagai peneroka tentulah aktiviti pertanian atau perladangan menjadi pekerjaan utama mereka. Terdapat dua tanaman utama di sini, iaitu getah dan kelapa sawit. Kehidupan harian mereka bergantung kepada hasil tanaman yang diusahakan di atas tanah kira-kira 3.5 hektar setiap peneroka. Bagi peneroka getah, mereka menoreh setiap hari bermula awal pagi dan berakhir kira-kira 11 pagi. Telah menjadi kebiasaan peneroka di sini menjual getah beku yang dikumpulkan. Walaupun harga getah beku kira-kira RM2.00 sekilogram yang dijual kepada peraih yang datang, pendapatan bulanan mereka dapat menyara keluarga.

Sementara itu, peneroka kelapa sawit pula biasanya menjual hasil antara 5 hingga 7 kali setahun. Tempoh tersebut adalah waktu kelapa sawit menghasilkan buah yang lebat. Pada masa-masa atau waktu yang lain, walaupun ada penuaian tetapi dalam jumlah yang sedikit. Bagaimanapun, baik peneroka getah atau kepala sawit, mereka juga mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti atau pekerjaan sampingan. Sebagai makluman, harga pasaran setan kelapa sawit kira-kira RM700 setan. Ada di antara mereka yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan, menjual makanan dan juga menjadi pekerja ladang seperti menoreh di ladang-ladang lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK