Alunan muzik ghazal boleh membuai kesunyian malam dengan irama yang syahdu dan merdu. Kepada pencinta ghazal yang veteran, bermain muzik ghazal bukanlah sesuatu yang rumit. Walaupun begitu, minat yang mendalam penting untuk membentuk sebuah kumpulan muzik ghazal yang baik walaupun kurang dihayati oleh anak-anak muda. |
Skim Tuisyen Felda (STF) untuk anak-anak Felda di seluruh negara yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu mendapat peruntukan sebanyak RM20 juta. Melalui kerjasama sekolah-sekolah terbabit, anak-anak peneroka Felda diberikan kelas tuisyen secara percuma. Skim ini merupakan suatu tanggungjawab sosial yang begitu baik dalam usaha meningkatkan pelajaran anak-anak Melayu. |