Belia gemar bermain bola sepak pada waktu petang

Belia Tunas Harapan

D
  "...pasukan kompang Kampung Felda Kemelah mempunyai seramai 20 orang ahli..."
   

i Felda Kemelah, belia bergerak di bawah Persatuan Belia Tunas Harapan. Melalui persatuan ini aktiviti belia dijalankan secara tersusun dan terancang. Membanggakan, apabila sekumpulan belia di bawah persatuan ini melibatkan diri dalam perusahaan membuat “kepok” simen dan batu nisan yang diusahakan oleh Azmi Mokhtar. Kepok ialah sejenis binaan yang digunakan untuk dijadikan penghadang atau tembok di kubur-kubur orang Islam.

 
Salah seorang pemain yang mahir bermain bola sepak
 

Belia Felda Kemelah juga aktif di bidang sukan dan permainan. Pertandingan-pertandingan di peringkat Felda diadakan sebagai satu cara merapatkan hubungan sesama mereka. Permainan bola sepak dan sepak takraw antara permainan yang popular di kalangan mereka.

Di bidang kebudayaan, budaya bermain kompang masih diamalkan. Diberi nama pasukan Kompang Felda Kemelah dianggotai seramai 20 orang ahli yang sering juga mendapat jemputan dalam majlis kenduri kendera dan majlis keraian.

Melalui cara ini, belia di Felda Kemelah boleh mendapat pendedahan dari segi kemahiran dan juga selok belok perniagaan. Justeru, masalah sosial seperti mat rempit, pecah rumah dan ketagihan dadah tidak berlaku di sini. Malah melakukan kerja sambilan sebegini dapat menghindari mereka daripada terlibat dengan masalah sosial seperti mat rempit atau penagihan dadah.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK