Mengurangkan Tekanan

S

eperti golongan belia, golongan wanita juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan idea-idea dan tenaga mereka. Ini diakui apabila tertubuhnya Persatuan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI). Ia berperanan menjadi enjin utama memacu aktiviti yang berkaitan dengan kaum hawa ini. Di antaranya penganjuran pelbagai aktiviti sosial dan riadah seperti tarian Poco-Poco pada setiap hari Rabu. Tarian ini dapat menghilangkan tekanan malah menyeronokkan. Jika tarian sahaja tidak memadai, persatuan ini juga amat aktif sehingga mengadakan pelbagai kelas kemahiran seperti bengkel jahitan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

 
Kaum hawa mengisi masa pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan rumah
 

Bagi mengikuti kelas-kelas tersebut, yuran yang dikenakan amat berpatutan di antara RM10.00 sehingga RM20.00 sahaja. Bagi Juriati selaku Ahli Jawatankuasa WI, aktiviti seperti ini penting dalam mengeratkan hubungan sesama mereka. Selain mendapat pelbagai ilmu ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan semasa di rumah.

Bukan itu sahaja, terdapat juga Tarian Senam Tari atas usaha kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan Dan Seni Warisan Malaysia (KEKKWA). Walaupun masih baru, latihan telah dimulakan. Aktiviti riadah yang menyihatkan ini lebih menekankan unsur-unsur kesenian di samping bersenam. Bertempat di Dataran PPR Desa Tun Razak, ia sedikit pun tidak menganggu aktiviti-aktiviti harian wanita di situ, malah lebih menyeronokkan.

Di samping itu juga, suri rumah menyertai kelas atau latihan marhaban diadakan secara berkala di rumah-rumah mereka yang terlibat. Sudah pasti kelas memasak tidak ketinggalan mencuri minat suri rumah. Kelas yang dikendalikan oleh Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diadakan setiap hari Isnin dari jam 3.00 sehingga jam 6.00 petang. Yuran keahlian tidak mahal, hanya RM3.00 sahaja setahun.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK