Memiliki Lebih 18,000 Buah Buku
| |
 |
| |
| Mohammad Rizal penyelia di USP Desa Tun Razak |
|
elangkahkan kaki di Perpustakaan Desa Desa Tun Razak, anda pasti terpegun kerana susun atur meja dan kerusi yang kemas. Malah lukisan kanak-kanak dipamerkan bagi memberi galakan kepada mereka untuk gemar ke perpustakaan. Kini, perpustakaan ini mencecah usia 10 tahun dan dipenuhi pelbagai bahan ilmu. Perpustakaan ini dikendali secara efektif oleh seorang belia iaitu, Mohammad Rizal.
Selaras dengan saranan kerajaan, Projek USP 5 yang bermatlamat untuk merapatkan jurang digital mendapat sambutan yang mengalakkan. Tingkah laku anak-anak kecil yang leka bermain internet dan membaca bahan ilmiah di Perpustakaan Desa Tun Razak membuktikan bahawa ia diterima rakyat.
Dianggarkan sebanyak 18,000 ribu buah buku ada di dalam perpustakaan ini. Ia juga lengkap dengan kemudahan kerusi, meja, penghawa dingin, mesin pencetak dan mesin pengimbas. Di sini juga pihak DBKL telah menyediakan permainan dalaman seperti Sahibba, Dam, Chess, Congkak dan pelbagai lagi. Selain menjadi salah satu pusat berkumpul kanak-kanak, para remaja juga selesa untuk berbincang di sini dan ia dibuka kepada semua golongan secara percuma.
“Selaras dengan saranan kerajaan, Projek USP 5 yang bermatlamat untuk merapatkan jurang digital mendapat sambutan yang mengalakkan” |
|
| |
|
Disebabkan oleh galakan ibu bapa, perpustakaan ini membuka keahlian bagi memudahkan proses peminjaman buku. Setiap ahli dikenakan bayaran RM6.00 seumur hidup bagi kanak-kanak dan RM16.00 bagi dewasa. Apa yang pasti perpustakaan ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan.
|