Lombong Terbiar Yang Dibangunkan
 |
|
| Kawasan lombong yang telah dibangunkan |
|
|
erdasarkan maklumat, sebelum Desa Tun Razak ini dibuka, ia hanya sebuah kawasan lombong terbiar. Dek arus pembangunan di kawasan sekitarnya, kerajaan Malaysia sekitar tahun 1990-an berusaha menaik taraf jalan raya bagi kelancaran sewaktu berlangsungnya Sukan Komanwel di mana Malaysia menjadi tuan rumah. Dari situ, timbulnya cadangan untuk melebarkan jalan dan melengkapkan kemudahan bagi para atlet dan pengunjung dari luar negara yang bertandang ke mari.
Atas tujuan berkenaan, sekaligus memindahkan penduduk dari Kampung Limau, Kampung Budriah dan lain-lain ke penempatan baru yang lebih terancang. Kampung-kampung tersebut ketika itu merupakan perkampungan setinggan. Akibatnya, semua penduduk berkenaan dipindahkan bermula pada tahun 1998. Mereka kemudiannya diberi pilihan untuk membeli projek-projek rumah murah atau kos rendah daripada Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) Jalan Kelang Lama.
Kini, dari sebuah penempatan yang kecil, Desa Tun Razak telah berkembang dengan adanya infrastruktur yang lengkap. Namun, semangat rukun tetangga dan kerjasama yang erat antara masyarakat masih tetap diutamakan. |