Pelbagaian Bangsa Mewarna-warnikan Masyarakat
engikut perangkaan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) penduduk di perumahan Desa Tun Razak dianggarkan seramai 10,500 orang. Terdapat empat blok yang telah pun dipenuhi semenjak PPR ini dibina. Majoriti kira-kira 80 peratus dari penghuninya berbangsa Melayu diikuti Cina dan India sebanyak 10 peratus. Blok-blok perumahan yang tersergam telah diselenggara dengan baik oleh kontraktor pembersihan yang dilantik.
 |
|
| Pelbagai warna masyarakat menceriakan suasana di Desa Tun Razak |
|
|
Kepelbagaian bangsa tidak melunturkan semangat untuk bersatu di bawah Rukun Tetangga di kawasan ini. Malah, perpaduan di antara pelbagai kaum boleh dilihat daripada setiap aktiviti yang telah dianjurkan oleh Dewan Bandar raya dengan usahasama persatuan penduduk PPR Desa Tun Razak.
Walaupun penempatan terancang, keadaan geografinya yang bertanah pamah membolehkan penduduknya bercucuk tanam secara sambilan atau kecil-kecilan. Di sekeliling terdapat juga tanaman pokok pisang dan serai yang dilakukan secara suka-suka bagi memenuhi masa lapang. |