Mempercayai Kepentingan Ilmu
abika Perpaduan Desa Tun Razak menyediakan kelas pra sekolah kepada kanak-kanak. Dilengkapi dengan buku dan cara pembelajaran yang menarik, kanak-kanak ini riang dan gembira sambil belajar. Di peringkat sekolah rendah, dianggarkan sebanyak 70 peratus murid-muridnya merupakan anak-anak penduduk di Desa Tun Razak.
Tahap akademi anak-anak di sini juga amat memberansangkan, kerana kebanyakan dari mereka melanjutkan pelajaran di universiti awam mahupun swasta. |
|
| |
|
Bagi masa depan yang lebih cerah, selepas ditempatkan di sekolah rendah, kebanyakan mereka akan meyambungkan pelajaran ke Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan atau sekolah berasrama serta sekolah teknik vokasional di kawasan berhampiran. Pada masa sama, pendidikan agama juga boleh diperolehi dan tidak dilupakan. Sekolah Rendah Agama Darul Hikmah misalnya telah dibuka pada tahun 2005. Ia betul-betul terletak bersebelahan Masjid Al-Muqarrabin Desa Tasik. Di situ, terdapat beberapa orang ustazah dan ustaz yang mengajar tajwid kepada anak-anak sebagai pendidikan tidak formal.
| |
 |
| |
| Kanak - kanak diberikan pendidikan seawal usia 6 tahun dengan adanya TABIKA KEMAS |
|
Walaupun kehidupan golongan dewasa agak sibuk, namun mereka tidak mengabaikan pendidikan anak masing-masing. Tahap akademik anak-anak di sini juga amat memberansangkan, kerana kebanyakan dari mereka melanjutkan pelajaran di universiti awam mahupun swasta.
|