Indah dan Nyaman
eperti yang dimaklumkan, Desa Tun Razak terletak di pinggir bandar. Maka, kawasan pelancongan yang sememangnya patut anda lawati sudah pasti kawasan riadah Taman Tasik Pemaisuri yang terletak kira-kira lima kilometer dari Desa Tun Razak. Anda pasti teruja menikmati suasana damai di sini. Hembusan angin sepoi di kawasan ini pasti dapat membebaskan diri dari keletihan semasa berkerja.
Di kawasan ini juga anak-anak kecil dapat dilepaskan sambil anda menikmati udara segar dan melihat keletah anak-anak. Malah kawasan riadah ini juga popular di kalangan pelancong asing. Pada tahun 2006 di Taman Tasik Pemaisuri pernah berlangsung pertandingan “World Cup Climbing Malaysia.” Pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini disokong Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM). Kunjungan anda ke sini sudah pasti menggamit seribu memori manis bersama teman.
|