Lokasi Penempatan Semula
erumahan Awam Desa Tun Razak yang bertempat di tanah berkeluasan 1,394 meter persegi ini dibangunkan di bawah peruntukan projek kerajaan bagi Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL). Di sebalik pembangunan yang berstatus terancang ini, ia merupakan lokasi penempatan semula projek pembangunan sekitar tahun 1998 yang membabitkan kawasan setinggan sekitar Bandar Tun Razak. Pembinaan rumah awam tersebut bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk sekitar supaya berada di dalam kehidupan yang lebih selesa, bermasyarakat dan juga selamat.
 |
|
| Mercu tanda Stesen Pemancar Tentera |
|
|
Menyusuri Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRRII) menuju ke Desa Tun Razak pasti tidak lari dari kesesakan jalan raya yang menunjukkan kesibukan penduduknya menjalani kehidupan seharian. Tetapi anda pasti tidak akan terlepas pandang sebuah jejantas yang menghubungkan Desa Tasik dengan Desa Tun Razak. Selain itu, terdapat alternatif lain ke sana seperti lebuh raya KESAS dan jalan-jalan lain di sekitar kawasan perumahan.
Suasana kediamannya yang terletak di pinggir Bandar Tasik Selatan selain sibuk dengan kenderaan, tidak terkecuali dengan kegiatan penduduknya yang tidak pernah sunyi. Selain urusan seharian seperti bekerja dan belajar, penduduknya juga menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti membeli belah, berhibur dan lain-lain. Sesuai dengan kehidupan di bandar, komitmen penduduk untuk mendapat ilmu tidak terbatas. Perpustakaan Kuala Lumpur, Cawangan Desa Tun Razak memberikan perkhidmatan kepada semua penduduknya.
| |
 |
| |
| Suatu ketika dahulu ia hanyalah merupakan kawasan perlombongan kini padat dengan penduduk |
|
Sepanjang perjalanan anda untuk ke Desa Tun Razak, terdapat perkhidmatan tren komuter Kereta Api Tanah Melayu (KTM), Express Rail Link (ERL) menuju ke KLIA dan kemudahan perkhidmatan bas RapidKL. Bagi anda yang ingin ke sini dengan lebih mudah, anda boleh menaiki pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT) sehingga ke Bandar Tasik Selatan. Stesen LRT Bandar Tasik Selatan terletak di sebelah kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak.
Bangunan rumah pangsa empat blok yang kelihatan dari stesen LRT tersebut akan memudahkan anda untuk ke perpustakaan ini. Selain itu, anda juga boleh melalui jalan alternatif dari Lebuh Raya Ampang atau Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRRII). Jika memandu, jaraknya hanya kira-kira sepuluh minit dari pusat bandar raya Kuala Lumpur. |