Aneka Barang Di Pasar Malam
 |
|
| Pasar yang menjadi tumpuan para peniaga mencari rezeki yang halal |
|
|
i kawasan Desa Tun Razak, anda pasti akan terpandang deretan kilang pemprosesan barangan plastik. Ia terletak betul-betul di hadapan medan selera Desa Tun Razak. Lot kilang ini kebanyakannya dimiliki oleh pengusaha Cina.
Disebalik kerancakan kehidupan di kota pada siang harinya, tidak terasa kaki letih berjalan kerana pasar malam Desa Tun Razak menjanjikan barangan yang dijual dengan harga amat berpatutan. Ia baru dibuka pada awal tahun ini pada setiap hari Jumaat bermula jam 5.00 petang hingga larut malam. Bukan itu, sahaja persaingan sihat wujud di sini kerana pasar malam ini juga turut disertai oleh peniaga dari luar seperti Sungai Besi, Cheras Dan Bandar Tasik Selatan. Maka, segala keperluan tidak kiralah pelbagai jenis makanan, minuman, barangan dapur, penjagaan diri dan keperluan peribadi semuanya boleh diperolehi.
| |
 |
| |
| Penjual bunga di tepi-tepi jalan |
|
Bagi kaum hawa, kebanyakan mereka gemar menjaja pada waktu siang di tepi jalan dengan menjual bunga dan kuih. Di samping itu, ada segelintir wanita yang bergelar suri rumah ini juga mengambil upah memasang kotak untuk menambah wang sampingan. Kotak-kotak ini dijual kepada syarikat dengan kadar sepuluh sen satu kotak. Kegiatan ini hanya dilakukan oleh mereka yang mendapat tawaran tersebut.
|