"TASKFORCE" Menjaga Keselamatan

K

emajuan Desa Tun Razak yang kini semakin hari semakin maju tidak bermakna jika soal keselamatan dipinggirkan. Tambahan pula, di sekitar kawasan ini wujudnya banyak kilang dan kehadiran para pekerja dari segenap lapisan. Oleh itu, soal keselamatan merupakan aspek paling utama dan diberi perhatian khusus.

 

"Sehubungan itu, pasukan TASKFORCE ditubuhkan atas inisiatif penduduk bersama DBKL untuk mengurangkan kadar jenayah"
   

Bagi menjaga keseluruhan kawasan sekitar, Balai Polis Sungai Besi yang ditubuhkan pada tahun 1968 yang mempunyai 30 orang anggota pelbagai pangkat. Dengan jarak kurang dari lima kilometer dari PPR Desa Tun Razak, keselamatan kawasan ini sering dititikberatkan.

Dalam pada itu, sebuah Balai Bomba yang terletak di Jalan Merdeka Sungai Besi bertanggungjawab dalam memantau hal-hal kebakaran. Jaraknya hanya empat kilometer dari Desa Tun Razak.

Soal keselamatan tidak boleh dikompromi. Oleh itu, DBKL juga terlibat memastikan agenda keselamatan menjadi agenda utama. Sehubungan itu, pasukan TASKFORCE ditubuhkan atas inisiatif penduduk bersama DBKL untuk mengurangkan kadar jenayah. Mereka sering mengadakan rondaan berjadual dan rodaan pada waktu malam bagi mengelak dari kecurian dan gejala vandalisme. TASKFORCE diketuai oleh Rashid selaku wakil DBKL dan kini mempunyai seramai 1,000 orang ahli.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK