Pelbagai Kemudahan Yang Memuaskan

J

ika dari kawasan setinggan tanpa bekalan air bersih kini seratus peratus warga penghuni sini mendapat bekalan kemudahan asas dengan sempurna. Dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap seperti lif, telefon awam, dewan serba guna dan perpustakaan desa, PPR Desa Tun Razak tidak ketinggalan dari arus pembangunan yang mendadak.

 
Jejantas digunakan sepenuhnya untuk menjaga keselamatan
 

Pasti apabila anda menjejakkan kaki di kawasan ini, tiada apa yang kurang dari pandangan segi kemudahannya. Setiap pelusuk kawasan ini sudah dilengkapi dengan kemudahan awam yang cukup baik. Malah semua kemudahan ini boleh digunakan dan diselengara oleh pihak tertentu.

Di samping itu, jejantas yang menghubungkan Desa Tasik dan Desa Tun Razak menjadi perantaraan yang amat penting dari segi keselamatan dan keselesaan. Ini kerana, kebanyakan penghuni yang rata-ratanya kanak-kanak sekolah di seberang jalan. Jadi kemudahan ini amat berguna bagi mengelak dari berlaku kecelakaan jalan raya.

 
 
LRT Star merupakan antara pengangkutan awam di sini
 
 
Penafian | Laman Web KTAK