Pemandangan Desa Tun Razak
elbagai kemudahan disediakan di kawasan sekitar dan juga berhampiran. Proses urbanisasi telah melahirkan beberapa buah kilang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak. Kewujudan kilang-kilang telah menyebabkan penghijrahan pekerja dari pelbagai bangsa. Malah, segala kemudahan yang disediakan membantu proses urbanisasi . Kawasan Bandar Tasik Selatan yang berhampiran pula turut menyediakan kawasan riadah. Selain itu, Bandar Tasik Pemaisuri yang berhampiran tidak pernah lekang dari kunjungan pengunjung dari luar dan dalam negara.
|
" Maka, setiap aktiviti seperti kelas menjahit, kelas memasak, perlawanan futsal serta aktiviti keagamaan seperti marhaban terus mendapat perhatian penduduk sekitar." |
| |
|
Deretan lot kedai yang telah dibina memudahkan urusan harian penduduk. Barangan yang dijual bukan sahaja dari peralatan rumah malah kepada peralatan membaiki kenderaan.
Kawasan yang bersebelahan dengan Taman Perindustrian Desa Tun Razak ini kebanyakannya dimiliki oleh pemilik berbangsa Cina. Walaupun begitu, medan selera yang terletak di belakang PPR ini majoritinya diusahakan oleh penduduk Melayu. Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian, penat lelah penduduk di sini agak berbaloi kerana kawasan sekitarnya iaitu Bandar Tasik Selatan, Desa Tasik dan Pekan Sungai Besi begitu selesa sekali untuk didiami seisi keluarga.
Istimewanya, ukhuwah di antara penghuni dapat dilihat melalui penganjuran beberapa aktiviti seperti sambutan kemerdekaan dan sebagainya. Desa Tun Razak acap kali menjadi tuan rumah kerana komunitinya yang sering berganding bahu dan bekerjasama. Maka, setiap aktiviti seperti kelas menjahit, kelas memasak, perlawanan futsal serta aktiviti keagamaan seperti marhaban terus mendapat perhatian penduduk sekitar. |