Persatuan Kebajikan Penduduk
| |
 |
| |
| Rashid, bertanggung jawab soal keselamatan penduduk |
|
ertepatan dengan saranan kerajaan untuk menjadikan Malaysia berstatus negara maju menjelang 2020 penduduk di sini bergiat aktif melalui persatuan penduduk yang ditubuhkan. Persatuan penduduk juga ditubuhkan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi membangunkan sahsiah dan minda penduduk sekitar. Malah aktiviti yang dilakukan juga bertepatan dengan kehendak semasa, di antaranya, aktiviti gotong- royong dan Kempen Basmi Aedes. Selaras dengan itu, pihak Dewan Bandar Raya turut sama memberi kerjasama kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Persatuan Penduduk Desa Tun Razak ditubuhkan pada tahun 1998 tetapi kemudiannya ditukar nama kepada Persatuan Kebajikan Masyarakat Desa Tun Razak (PKMDTR) pada 2005. Persatuan ini berperanan untuk bersama-sama membangun dan memajukan penduduk-penduduknya. Malah, (PKMDTR) mempunyai struktur organisasinya yang tersendiri dipengerusikan oleh Mohamed Tamrin Yaakob dan ahli-ahli jawatankuasanya ialah Roslan Che Lah merangkap Setiausaha dan Satinah Che Hashim sebagai Bendahari.
|