Bekerja Sendiri
agi memenuhi keperluan hidup seharian, sumber pendapatan utama para penduduk adalah hasil dari bekerja sendiri atau makan gaji. Mereka kebanyakannya membuka perniagaan kecil-kecilan di lot kedai berdekatan. Di antaranya, kedai makan dan kedai runcit. Walaupun begitu terdapat segelintir dari mereka membuka kedai kuih- kuih dan menjual bunga di tepi jalan. Disebabkan ia dilakukan bagi mencari pendapatan sampingan, tidak hairanlah aktiviti penduduk kota ini tidak pernah mati dan suasana kesibukan mencari nafkah sentiasa dapat dilihat.
| |
 |
| |
| Pangsapuri Desa Tun Razak |
|
Di samping itu, segelintir mereka juga bekerja di sektor awam dan swasta. Namun, masih ada yang berminat membuka perniagaan sampingan seperti menjahit dan menjaja. Berdekatan dengan Kem Sungai Besi, kawasan ini menjadi tumpuan warga kota untuk dijadikan kediaman. Selain itu, terdapat sebuah pemancar stesen televisyen yang terletak betul-betul di atas Bukit Besi.
Dalam bidang pendidikan pula, terdapat sebuah institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang bertujuan melahirkan lebih ramai pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang memiliki ijazah pertama. Walau bagaimanapun, universiti yang terletak di Sungai Besi ini terbuka kepada semua orang. UPNM dahulu dikenali dnegan nama Maktab tentera Diraja dan diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan.
Sehingga kini, UPNM telah melahirkan seramai 1,017 graduan di dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sedang berkhidmat di pelbagai unit ATM iaitu Tentera Darat (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). |