Desa Tun Razak yang dahulunya merupakan kawasan lombong kini telah berubah wajah. Sekiranya satu waktu dahulu kegiatan utama di kawasan ini ialah perlombongan bijih timah, kini pelbagai aktiviti ekonomi berlaku di sini. Ada yang menjalankan perniagaan sendiri dan ada juga yang bekerja dengan sektor awam dan juga swasta. Pelbagai jenis pekerjaan sampingan turut dilakukan bagi menambah pendapatan keluarga.
Satu ketika dahulu, kawasan ini juga merupakan kawasan setinggan yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan prasarana. Namun kini, dengan peruntukan daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), penduduk boleh menarik nafas lega. Kesemua penduduk kini menikmati kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik dengan sempurna. Hasilnya, segala urusan harian dapat dilakukan tanpa sebarang masalah atau halangan.
|