Bergiat Aktif

B

ergiat aktif itulah yang patut dibanggakan. Di mana kebanyakan golongan belia di sini bergiat di dalam aktiviti yang sihat. Di antaranya, Pertubuhan Persatuan Seni Silat Lincah di Desa Tun Razak sedikit sebanyak mengurangkan gejala vandalisme di kalangan remaja. Seni Silat Lincah telah lama diakui oleh Majlis Seni Mempertahankan Diri Negara (MARCIL) malah keahliannya kini mencapai 1,000 orang.

 
Belia yang berkerja dengan DBKL
 

Aktiviti lain seperti perlawanan futsal sering dianjurkan oleh Persatuan Belia 4B yang baru ditubuhkan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sejajar dengan saranan kerajaan sebuah program majlis belia harapan telah diadakan tahun lepas di Dataran Desa Tun Razak. Sesungguhnya golongan belia perlu menanam sikap untuk sentiasa maju dan bersemangat tinggi agar mendapat kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Belia di sini juga bergiat aktif dalam aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan lain-lain. Aktiviti lain seperti Hari Keluarga Tanpa Dadah dan sesi perkhemahan Kadet Bomba merupakan aktiviti yang julung-julung kalinya diadakan. Sepanjang perkhemahan, para belia didedahkan dengan ilmu ikhtiar hidup, pengurusan diri, menyelamat, berkawad dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Berlangsung di kawasan riadah Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor, ia mendapat sambutan di luar jangkaan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK