Kaum wanita sedang membersihkan sekolah

Merapatkan Hubungan

W

anita menjadi tulang belakang dalam sesebuah keluarga mahupun organisasi. Kebolehan wanita dalam hal-hal tertentu tidak boleh disangkal. Begitu juga tidak terkecuali wanita-wanita di Kampung Tan Sri Hamzah sendiri yang sentiasa aktif dalam membantu dan menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Bagi melancarkan aktiviti-aktiviti wanita, Pertubuhan Pergerakan Wanita telah diwujudkan. Ceramah agama dan bacaan Yasin yang diadakan pada setiap hari Khamis pada jam 3.00 petang sering diikuti oleh wanita kampung.

Wanita juga turut menyertai Rukun Tetangga di mana antara aktivitinya merapatkan hubungan sesama penduduk. Penglibatan secara aktif bersama penduduk telah melancarkan acara sambutan yang diadakan seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya. Malahan, dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau, ceramah agama oleh penceramah jemputan turut diadakan setiap tiga bulan sekali.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK