Kemudahan Internet menggalakkan masyarakat menimba ilmu

Memupuk Kesedaran

P

emberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ialah salah sebuah projek kemasyarakatan dikendalikan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Melalui program USP, perpustakaan kampung-kampung yang terpilih akan diberi kemudahan peralatan komputer untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam bidang teknologi maklumat. Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk kampung memanfaatkan teknologi komputer dalam urusan seharian.

 
Bahagian dalam perpustakaan
 

Di Kampung Tan Sri Hamzah, program perpustakaan desanya baru dilancarkan pada 2007. Penubuhan perpustakaan ini diharap dapat menyumbang kepada kadar celik maklumat (IT) di samping merapatkan jurang digital di kalangan penduduk-penduk sekitar. Usaha-usaha sedang dilakukan untuk memberi kesedaran kepada penduduk terutama golongan pelajar untuk menggunakan kemudahan di pusat ini. Ke arah itu, pihak perpustakaan menganjurkan pertandingan bercerita, mewarna, uji silang kata dan lain-lain sebagai usaha memupuk minat ke perpustakaan. Kemudahan di sini boleh digunakan secara percuma dengan syarat menjadi ahli berdaftar perpustakaan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK