Peneroka asal, Haji Ghazali Awang masih lagi sihat dan mampu untuk mengingati sejarah awal pembukaan kampungnya ini

Perasmian Kampung

M
 
 
Haji Ghazali yang masih sihat walaupun telah berusia 64 tahun

eskipun masa telah berlalu, namun perjuangan dan jasa seseorang tokoh tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Bagi penduduk Kampung Tan Sri Hamzah, mereka lebih bertuah kerana pengasas kampung tersebut masih hidup dan menetap di kampung berkenaan. Menurut sejarahnya, Kampung Tan Sri Hamzah dibuka secara berperingkat. Pembukaan peringkat pertama dilakukan oleh tuan Haji Ghazali Awang yang juga abang kepada Haji Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan 15 orang yang lain pada tahun 1978.

Pada mulanya kampung ini dinamakan Kampung Baru Kemayan namun telah ditukar kepada Kampung Dato Seri Hamzah mengambil sempena nama Dato Seri Hamzah Abu Samah, bekas Ahli Parlimen Temerloh. Pembukaan peringkat kedua pula telah diketuai oleh Encik Mahasan Ali serta rakan-rakannya. Masa yang berlalu bukan sahaja mengubah waktu tetapi turut mempengaruhi pertukaran nama kampung ini sekali lagi. Kini namanya ialah Kampung Tan Sri Hamzah. Majlis perasmian kampung telah disempurnakan pada 1984 oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, YAB Datuk Rashid Abul Rahman.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK