Majoriti penduduk Kampung Tan Sri Hamzah adalah Melayu yang berasal dari pelbagai negeri

Generasi Muda

K

ampung Tan Sri Hamzah boleh digambarkan sebagai sebuah penempatan majmuk yang harmoni. Perhubungan penduduknya terjalin erat melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama seolah-olah tidak wujud sebarang jurang atau perbezaan. Setiap petang belia-belia Melayu Kampung Tan Sri Hamzah keluar bermain futsal bersama-sama dengan penduduk sekitar terutama kaum Cina dan India.

 
Pelbagai bangsa mendiami estet ini
 

Berdasarkan komposisi penduduk, semua 800 orang penduduk di Kampung Tan Sri Hamzah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Generasi muda berumur di bawah 40 tahun dianggarkan kira-kira 60 peratus dan selebihnya adalah yang berumur melebihi 41 tahun. Kira-kira 10 peratus daripadanya ialah warga emas berumur 60 tahun ke atas.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK