Rumah Sate Kemayan mengekalkan rasa asli sebenar dengan menggunakan bahan asli dan mementingkan kualiti

Sate Dingin Beku

"B

ermula dari bawah” menjadi resipi kejayaan Marsam Ngadino. Marsam, penduduk di Kampung Tan Sri Hamzah menjadi pengusaha sate sejuk beku yang tidak asing lagi di sini. Sate-sate yang siap dicucuk dan dibekukan dihantar kepada pelanggan-pelanggan restoran dan kedai-kedai makan di sekitar Kemayan. Selain sate ayam dan lembu yang meraih permintaan tinggi, beliau turut memperkenalkan sate kambing. Usaha beliau ini mendapat bantuan dari segi peralatan daripada Jabatan Pertanian Daerah.

 
 
Menyelerakan bila dimakan bersama kuah kacang dan ketupat

Beliau yang menetap di Kampung Tan Sri Hamzah merupakan salah seorang penduduk kampung yang bercita-cita besar untuk terus maju sebagai pembekal sate beku. Selain menyediakan sate yang ditempah pelanggan, Marsam sendiri telah mengambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan produknya dengan menjualnya di Pekan Kemayan.

 
 
Kerisik yang telah siap dibungkus

Bagi Marsam, satenya mendapat sambutan ramai disebabkan keaslian campuran rempah ratus yang telah diperap bersama cebisan ayam, daging dan kambing sebelum ia dicucuk menggunakan lidi sate. Daging sate yang lembut bersalut rempah-ratus dan terasa ke manis-manisan pastinya membuatkan anda ingin merasainya. Isteri beliau juga turut terlibat di dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan mengusahakan kerepek dan juga kerisik.

Seorang jiran Marsam, Kamsiah Taib yang mengusahakan Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifiknya, Grey Oyster Mushroom. Beliau berkata, selain modal, minat dan pengetahuan yang tinggi amat penting untuk berjaya sebagai pengusaha cendawan. Cendawan merupakan tumbuhan berkulat yang lazat dan boleh menghasilkan ubat-ubatan. Cendawan memiliki kandungan vitamin dan zat yang lebih baik berbanding sayur-sayuran biasa. Cendawan mengandungi kalium (K) dan fosforus (P) yang penting untuk kesihatan badan. Selain rasanya yang sedap dan rendah lemak, cendawan turut memiliki kandungan serat yang tinggi. Dari sudut kesihatan, cendawan bagus untuk mengawal perjalanan darah dan berupaya mengurangkan kadar kolesterol.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK