RELA yang sedia berkhidmat untuk masyarakat

Depoh Imigresen

B

agi penduduk di Kampung Tan Sri Hamzah dan Kemayan, balai polis yang terdekat ialah Balai Polis Kemayan. Mereka akan berurusan dengan balai polis tersebut jika terdapat masalah atau kes yang memerlukan tindakan susulan pihak polis. Di Pekan Kemayan juga terdapat sebuah balai bomba yang ditadbir oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Masyarakat di sini dan sekitarnya memang memahami tanggungjawab dan peranan polis serta bomba.

 
Anggota RELA yang sedia berkhidmat
 

Di samping itu, penubuhan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) telah banyak membantu dalam hal-hal berkaitan keselamatan dan kesejahteraan kampung. Secara sukarela, anggota RELA mengadakan rondaan di sekitar kampung mengikut jadual yang ditetapkan. Pada masa-masa tertentu, RELA juga mengadakan rondaan bersama dengan anggota polis dari Balai Polis Kemayan.

Malahan di kampung ini juga terdapat Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). PEMADAM merupakan sebuah pertubuhan sukarela bagi membantu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. Badan ini juga berperanan untuk memberikan maklumat-maklumat dan tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya najis dadah dan cara-cara membasmi penyalahgunaannya.

Masalah kedatangan pendatang tanpa izin (PATI) juga menjadi isu keselamatan yang memerlukan tindakan pihak-pihak berwajib. Oleh itu, sebuah Depot tahanan PATI yang ditadbir oleh Jabatan Imigresen terdapat di sini. Depot ini boleh menempatkan seramai 400 tahanan orang pada satu-satu masa.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK