Perkhidmatan keretapi antara kemudahan awam yang terdapat di Kemayan

Keselesaan Penduduk

B
  "Stesen Kereta Api Kemayan merupakan pusat perhubungan penduduk yang terpenting terutama bagi perjalanan jarak jauh."
   

oleh dikatakan penduduk di sini telah dilengkapi dengan kemudahan asas dan prasarana yang lengkap. Setiap rumah di kampung ini mempunyai bekalan air bersih dan elektrik yang sempurna walaupun penduduk memperolehnya secara berperingkat. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah sebuah masjid, surau dan Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) juga Perpustakaan Desa Kampung Dato’ Seri Hamzah.

 
Ketua Stesen  Kereta Api Kemayan sedang memberikan kunci pelepasan (tablet token) kepada penolong pemandu lokomotif. Tanpa tablet token, pemandu tidak boleh meneruskan perjalanan
 

Turut disediakan sebuah balai raya bagi memudahkan penduduk menjalankan sesuatu majlis dan aktiviti kampung. Segala kemudahan yang disediakan diharap dapat memberikan kesenangan kepada penduduk kampung dan pengunjung. Stesen Kereta Api Kemayan merupakan pusat perhubungan penduduk yang terpenting terutama bagi perjalanan jarak jauh.


 
Penafian | Laman Web KTAK