Mohd Nor Harun, Ketua Kampung Dato' Seri Hamzah

Menganjurkan Pasar Malam

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja untuk mengeratkan ikatan sesama penduduk tetapi juga untuk memajukan kampung. Sebagai jawatankuasa yang mewakili penduduk, peranan JKKK bukan sahaja mendapat pengiktirafan kerajaan tetapi juga sebagai penghubung kepada masyarakat. Dipengerusikan oleh Mohd Nor Harun, kejayaan paling bermakna bagi JKKK di kampung Dato’ Seri Hamzah ialah pada tahun 2001 apabila permohonan untuk mendapatkan bekalan air bersih dan elektrik diluluskan oleh kerajaan.

Bagi kemudahan penduduk membeli barang keperluan harian, JKKK telah menganjurkan pasar malam di situ di mana ia dibuka sekali dalam sebulan. Pasar malam yang mengutamakan pembabitan penduduk kampung untuk turut berniaga diadakan pada hari yang ke-10 pada setiap bulan. Melalui usaha ini, penduduk kampung boleh membeli barang-barang keperluan pada harga yang murah tanpa perlu keluar ke bandar. Penduduk juga berpeluang memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual hasil tani dan barang-barang makanan. Di samping itu, pekan sehari turut diadakan pada setiap hari Jumaat.



 
Penafian | Laman Web KTAK