Aktiviti pemunggahan sawit di kilang berhampiran untuk pemprosesan minyak sawit mentah

Peladang dan Petani

S
 
 
Tangki takungan minyak sawit mentah di kilang pemprosesan sawit

alah satu usaha terpenting untuk membangunkan sesebuah kampung ialah meningkatkan ekonomi penduduknya. Sehubungan itu, setiap penduduk di sini memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan ekonomi mereka walaupun rata-ranya adalah peladang dan petani. Sebahagian mereka juga makan gaji di kilang-kilang atau mengambil upah sebagai pekerja estet. Kebanyakan penduduk di kampung ini mempunyai tanah masing-masing seluas kira-kira 0.3 hektar yang diberikan oleh kerajaan. Di kawasan seluas itulah mereka berbudi kepada tanah dengan mengusahakan tanaman bermusim seperti durian dan rambutan. Raja Buah dari Pahang juga dikatakan mempunyai mutu yang baik dan digemari. Justeru, tidak hairanlah harganya boleh mencecah antara RM10.00 hingga RM15.00 sekilogram.

Oleh kerana hasil durian dan rambutan adalah bermusim, penduduk juga menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri. Hasil tanaman berlebihan akan dijual bagi menampung perbelanjaan harian. Mereka yang berminat menternak boleh menjadikan ternakan ikan dalam kolam sebagai kegiatan tambahan. Terdapat juga yang membuka perniagaan kecil-kecilan dengan menjual barangan runcit dan lain-lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK