Sekitar tahun 1960-1970-an, Daerah Kemayan terutama pekannya amat terkenal kerana di situlah bermulanya penghijrahan penduduk dari negeri lain untuk bekerja di ladang-ladang kelapa sawit. Sistem perhubungan kereta api merupakan satu-satunya perkhidmatan awam terkenal yang menghubungkan Kemayan, sebuah kawasan terpencil di Negeri Pahang. Hanya yang tabah dan cekal semangat sanggup meninggalkan kampung halaman hanya untuk mencari sesuap nasi.

Namun kini, Kemayan dan kawasan sekitarnya telah jauh berubah. Di samping pertambahan penduduk, kawasan sekitarnya turut sama membangun. Jalan raya telah dibina menghubungkan Kemayan dengan kawasan-kawasan lain. Kehidupan, ekonomi dan taraf hidup penduduknya juga turut berubah selari dengan pembangunan semasa.


Keusahawanan Sejarah

Perusahaan menanam cendawan tiram atau Grey Oyster Mushroom memerlukan minat, pengetahuan dan pengalaman yang luas. Jika tidak, agak sukar untuk menjadi pengusaha cendawan yang berjaya kerana tanaman ini bukan sahaja memerlukan kesungguhan malah ia juga memerlukan modal yang agak banyak di samping masa yang perlu dikorbankan. Sebagai tumbuhan kulat, ia sebenarnya mengandungi banyak khasiat, zat, dan vitamin, berbanding sayur-sayuran lain.

Kampung Tan Sri Hamzah dibuka secara berperingkat bermula dengan peringkat pertama pada 1978 yang dilakukan oleh Tuan Haji Ghazali Awang iaitu abang kepada YB Haji Abdul Hadi Awang bersama-sama 15 orang yang lain. Pada mulanya kampung ini dinamakan Kampung Baru Kemayan namun ditukar kepada Kampung Dato' Seri Hamzah bersempena nama Dato' Seri Hamzah Abu Samah, bekas Ahli Parlimen Temerloh.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK