Ahli Kelab Bola sepak Dato' Seri Hamzah terdiri daripada pelbagai kaum dan sangat aktif bersukan

Belia Cemerlang

U

ntuk melahirkan belia yang cemerlang dan berwawasan, ia menjadi tanggungjawab bersama terutama ibu bapa. Dengan memberikan pendidikan yang cemerlang kepada anak-anak, ia merupakan jaminan kepada masa depan belia. Bagi JKKK Kampung Tan Sri Hamzah, belia tidak dipinggirkan malah dibimbing melalui program-program tertentu. Pertubuhan Gerakan Belia 4 Bersatu (Belia 4B) dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) merupakan wadah kepada aktiviti belia di kampung ini.

 
 
Sesi latihan diadakan setiap petang di padang Sekolah Menengah Kemayan


 
Bukti kemenangan dalam kejohanan futsal menyemarakkan lagi semangat bersukan
 

Apa yang boleh dibanggakan ialah kejayaan belia di sini menjadi Johan Silat Abjad Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999. Dalam aktiviti silat, latihan sering dijalankan setiap malam bertempat di Dewan Dato’ Seri Hamzah. Para belia juga bergiat bermain futsal dan tidak hairanlah mereka menjuarai Pertandingan Futsal Piala Parlimen Temerloh.

Selain penyertaan di dalam persatuan silat dan belia, bersama penduduk kampung yang lain mereka juga menganggotai Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan juga Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Menerusi RELA, belia bukan sahaja diberi tanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan kampung tetapi juga turut memupuk disiplin dan jati diri. Melalui PEMADAM pula, kegiatan-kegiatannya mendedahkan belia kepada pengetahuan mengenai dadah sekali gus dapat menghindari mereka daripada terjerumus dalam kegiatan-kegiatan tidak bermoral.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK