Ketekunan Wanita Kampung Chohong Dikagumi

M

enyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi setempat, maka JKKK merancang aktiviti khusus yang melibatkan wanita di Kampung Chohong. Persatuan Wanita yang terdapat di kampung ini adalah Persatuan Perkumpulan Wanita Kampung Chohong.

 
 
Tempahan sarung kusyen, langsir dan sebagainya diterima dari penduduk sekitar

Aktiviti yang dianjurkan oleh perkumpulan wanita di sini melibatkan program keagamaan dan kesenian. Aktiviti- aktiviti yang kerap diadakan seperti marhaban dan nasyid, kelas Fardu Ain dan bacaan Yasin serta kelas masakan. Selain itu, terdapat juga sebahagian kaum wanita bergiat aktif dalam perniagaan. Mereka mengusahakan perusahaan makanan ringan seperti pembuatan kuih tradisional dan kerisik kelapa.

Selain program keagamaan, golongan wanita di kampung ini juga mengambil upah menjahit langsir dan sarung kusyen bagi menampung pendapatan harian mereka. Berkat ketekunan,, mereka sering mendapat tempahan langsir dan sarung kusyen dari penduduk Kampung Chohong.

Persatuan Kendarat

Persatuan wanita Kampung Chohong telah mewujudkan “Kendarat” yang merupakan salah satu usaha wanita di kampung ini untuk membantu penduduk Kampung Chohong dalam majlis-majlis perkahwinan. Wanita di kampung ini sentiasa tolong-menolong di antara mereka jika terdapat sebarang masalah, akiviti atau majlis-majlis tertentu. Penglibatan wanita dalam aktiviti yang dianjurkan sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang serta merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk di sini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK