Sehari Bersama Buku
erpustakaan Desa Kampung Chohong merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP dirancang oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan untuk mengurangkan kadar buta IT di kalangan masyarakat hari ini.
 |
|
| Generasi muda Kampung Chohong tidak mahu ketinggalan menggunakan kemudahan IT di perpustakaan desa |
|
|
Bangunan Perpustakaan Desa Kampung Chohong merupakan Balai Raya Kampung Chohong. Kemudian balai raya ini diubah suai menjadi perpustakaan dan mula beroperasi pada Mei 2006. Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menggamit perhatian di kalangan pelajar serta penduduk untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah kaum dewasa turut mencari informasi.
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan ini adalah mengikut peringkat umur. Bagi kanak-kanak pertandingan mewarna dan melukis, belajar internet serta pembelajaran menggunakan Microsoft Word. Bagi golongan dewasa, perpustakaan desa menganjurkan program “Sehari Bersama Buku” dan “Tokoh Buku”
Perpustakaan ini di bawah seliaan Radhiah Mat Rasip dibantu oleh Fauziah Md Noor dalam menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Desa Kampung Chohong beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
|