Menghubungkan Kampung Sekitar

M

engikut bancian, dianggarkan penduduk di sekitar Kampung Chohong seramai 800 orang yang terdiri daripada orang Melayu. Nilai-nilai murni yang diterapkan oleh penduduk Kampung Chohong seperti sikap tolong-menolong, bersopan santun dan berbudi bahasa, sekali gus dapat memperkayakan adat resam dan kebudayaan Kampung Chohong. Sikap tolak ansur antara penduduk menjadi pegangan penduduknya.

Walaupun Kampung Chohong terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta. Selain itu, perkhidmatan bas awam juga disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan. Perkhidmatan bas dari Kampung Chohong ke perhentian bas Bandar Jasin menghubungkan Tangkak dan Bandar Raya Melaka selain pekan-pekan kecil yang lain.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK