Projek Tanaman Komersial Dipertingkatkan
| |
 |
| |
| Getah antara hasil pertanian utama penduduk Kampung Chohong |
|
egiatan pertanian utama di Kampung Chohong adalah tanaman pokok getah. Dianggarkan kira-kira 30 hektar tanah di kampung ini ditanam dengan pokok getah. Getah sekerap ataupun getah beku yang dihasilkan penduduk kampung dijual pada harga RM4.25 sekilogram. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) turut memberikan bantuan berupa anak pokok getah dan baja bagi meringankan beban penduduk kampung.
Selain itu, ada juga segelintir penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan tanaman pokok kelapa sawit. Buah sawit yang sudah masak kebiasaannya akan dikait sendiri oleh peladang dan dijual di kilang sawit yang berdekatan. Kadangkala lori-lori sawit dari kilang akan datang sendiri ke ladang kelapa sawit untuk mengambil buah sawit yang hendak dijual.
“Mangga Delight”
 |
|
| Ladang berkelompok buah mangga yang diusahakan penduduk kampung |
|
|
Di samping itu, ada juga penduduk Kampung Chohong yang terlibat dalam penanaman pokok mangga. Tanaman yang diberi nama Mangga Delight adalah usaha penduduk Kampung Chohong bagi memastikan Kampung Chohong mempelbagaikan pertanian di kampung ini. Tanaman ini dianggarkan seluas 10 hektar merupakan projek pertanian penduduk Kampung Chohong untuk menghasilkan produk tambahan seperti jeruk mangga.
|