Gunung Ledang Antara Tarikan
| |
“Gunung Ledang juga dikenali sebagai Mount Ophir” |
| |
|
egeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia. Negeri Melaka begitu kaya dengan warisannya yang tersendiri selain tempat-tempat bersejarah untuk dilawati. Salah satu destinasi pelancongan bagi penduduk Kampung Chohong ialah Gunung Ledang di Taman Negara Johor, Sagel. Di kaki gunung, terdapat banyak lokasi yang digunakan bagi kegiatan beriadah seperti air terjun dan lain-lain.
 |
|
| Taman Negara Johor Gunung Ledang, terletak di Asahan, Melaka |
|
|
Kawasan Taman Negara Johor di sagel berhampiran dengan kawasan pendakian Gunung Ledang yang terletak berdekatan daerah Asahan. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Kawasan taman ini dipercayai merupakan salah satu daripada hutan yang sangat kaya dengan spesis tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain.
Gunung Ledang merupakan tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas dan menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama Mount Ophir dikatakan berasal dari bahasa Ibrani juga dikaitkan dengan nama Gunung Ledang. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai “Kim Sua” yang bermaksud “Gunung Emas” Ketika pemerintahan Empayar Majapahit, gunung dinamakan sebagai Gunung Ledang, yang membawa maksud “gunung dari jauh”.
|