Ke Arah Pembangunan Desa

"I

kan kitang ikan masin, Ikan merah saya hidangkan, Selamat datang ke Daerah Jasin,
Permaidani merah saya bentangkan”

Begitulah pantun empat kerat yang penyambut pengunjung yang datang ke Daerah Jasin, Melaka. Jasin merupakan salah sebuah daerah yang terletak di negeri Melaka dan bersempadan dengan Negeri Johor. Pintu gerbang yang tertulis “Selamat Datang ke Negeri Melaka” menunjukkan penduduk kampung mengalu-alukan kedatangan anda ke kampung ini.
Kampung Chohong terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Jasin. Biarpun terletak di dalam Daerah Jasin, Kampung Chohong sebenarnya bersempadan dengan Daerah Tangkak di Negeri Johor. Pekan Tangkak hanya terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Chohong. Sungai Kesang menjadi pemisah antara Negeri Melaka dan Johor.

Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan juga melaksanakan pembaharuan di kampung ini dan kawasan-kawasan di bawah kuasa pentadbirannya. Pelbagai kemajuan dan juga pembaharuan berjaya dilaksanakan oleh kerajaan tempatan bagi penduduk Kampung Chohong. Jika dahulu jalan di sini masih bertanah merah, kini keadaan itu telah berubah sama sekali. Hampir semua jalan berturap dan dilengkapi dengan papan tanda untuk kemudahan penduduk kampung serta pelawat.

Bangunan Perpustakaan Desa Kampung Chohong merupakan Balai Raya Kampung Chohong. Kemudian balai raya ini diubah suai menjadi perpustakaan dan mula beroperasi pada Mei 2006. Perpustakaan ini di bawah seliaan Radhiah Mat Rasip dan dibantu oleh Fauziah Md Noor.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK