Perusahaan Kerisik Menjana Pendapatan Keluarga
ndustri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di Kampung Chohong. Di antara perusahaan yang semakin meningkat di Kampung Chohong ialah pembuatan makanan dari kelapa iaitu kerisik kelapa. Perusahaan ini telah lama dijalankan dan diwarisi turun temurun. Kebanyakan pengusaha-pengusaha ini menggunakan rumah mereka sendiri untuk menghasilkan produk-produk tersebut.
 |
|
| Kelapa parut perlu digoreng sebelum dikisar menjadi kerisik |
|
|
Kerisik merupakan sejenis bahan masakan diperbuat dari kelapa. Bagi penduduk Melaka kerisik digunakan dalam masakan-masakan tertentu seperti rendang dan kari. Untuk menghasilkan kerisik, kelapa akan diparut dan digoreng sehingga warnanya menjadi coklat keperang-perangan dengan menggunakan api sederhana. Lazimnya pembuat kerisik menggunakan dapur kayu kerana ia perlu digoreng dalam tempoh yang agak lama.
Sariah Dalib merupakan seorang pengusaha kerisik kelapa di Kampung Chohong. Sariah mengusahakannya sejak tahun 1995 lagi. Perusahaan ini merupakan tradisi turun-temurun dari keluarga beliau. Sariah membekalkan kerisik kelapa kepada pelanggan sekitar kedai-kedai di Kampung Chohong dan Jasin.
Oleh kerana IKS adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi penduduk Kampung Chohong, kerajaan tempatan telah mempergiatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran IKS dari segi produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
|