Impian Hidup Sihat
| |
 |
| |
| Klinik Desa Chin Chin berhampiran Kampung Chohong |
|
enjalani kehidupan yang sihat adalah impian setiap penduduk supaya mereka menjadi lebih ceria dan bersemangat. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan di setiap kampung dan negeri bagi menjamin kesihatan setiap penduduk kampung. Penduduk di Kampung Chohong tidak terkecuali menikmati kemudahan kesihatan di Klinik Desa Chin Chin.
Klinik Desa Chin Chin terletak tiga kilometer dari Kampung Chohong. Klinik ini beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik tersebut memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Kampung Chohong dan Kampung Chin Chin. Klinik Desa Kampung Chin Chin menawarkan perkhidmatan pemeriksaan untuk ibu dan anak, pemeriksaan tekanan darah dan rawatan untuk pesakit luar.
|