Bergading Bahu Asas Kerukunan

W

alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk Kampung Chohong berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan perumahan mereka. Selain itu, tanggungjawab ini dipikul oleh JKKK dengan mewujudkan Biro Keselamatan yang menjadi tonggak penduduk.

 
Balai Polis Chin Chin yang dibina berhampiran Kampung Chohong
 

Kampung Chohong terletak di kawasan atau kawalan Balai Polis Chin Chin yang terletak tiga kilometer dari Kampung Chohong. Selain JKKK dan polis, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berumur 16 tahun ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan selalunya mengikut giliran. Dengan adanya kemudahan keselamatan ini, tahap keselamatan di Kampung Chohong berada di dalam keadaan yang terkawal.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK