Untuk Kesenangan Semua

K
 
 
Bahagian dalam Masjid Al Ehsan Kampung Chohong

emudahan asas yang terdapat di Kampung Chohong amat lengkap dengan prasarana yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Jasin. Kemudahan asas utama seperti jalan raya yang berturap memudahkan orang ramai datang ke sini tanpa sebarang masalah. Penduduk Kampung Chohong kini mampu menikmati bekalan air bersih dan elektrik yang disediakan.

Kemudahan prasarana lain seperti Balai Raya Kampung Chohong merupakan tempat perhimpunan utama masyarakat kampung. Pelbagai aktiviti dijalankan di sini misalnya mesyuarat JKKK, mesyuarat agung bagi sesuatu badan atau persatuan, kelas-kelas kaum ibu seperti marhaban, kelas Fardu Ain dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan. Klinik kesihatan, perpustakaan desa, sekolah, masjid, surau dan taman permainan turut disediakan bagi memudahkan penduduk Kampung Chohong menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK