Penanda ke Kampung Chin Chin

Kejiranan Asas Perpaduan

K

ampung Chohong dikelilingi oleh Kampung Chin Chin dan Kampung Cabang. Bandar Tangkak merupakan bandar yang paling hampir dengan Kampung Chohong. Dari Kampung Chohong jarak perjalanan ke Tangkak hanya memakan masa 15 minit perjalanan.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Chohong menganjurkan aktiviti kesukanan seperti aktiviti sukan rakyat yang disertai oleh penduduk dari pelbagai peringkat. Kanak-kanak, belia, remaja dan wanita biasanya tidak terkecuali melibatkan diri. Aktiviti sebegini sering mendapat sambutan dari penduduk Kampung Chohong dan kampung-kampung sekitar. Aktiviti ini diadakan setiap tahun dan JKKK berharap semua penduduk dapat bersatu-padu untuk memelihara perhubungan dan kejiranan.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK