Penggerak Kemajuan Desa

K

ampung Chohong ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ditubuhkan sebagai sebuah organisasi yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat–maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. JKKK juga berperanan menganjurkan program-program kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti gotong-royong, sukan dan lain-lain.

 
 
Ketua Kampung Tuan Haji Mustafah Charom

JKKK diketuai oleh Pengerusi JKKK iaitu Tuan Haji Mustafa Charom. Melalui pentadbiran beliau pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi JKKK. Antaranya biro yang diwujudkan ialah Biro Keselamatan dan Kebajikan, Biro Ekonomi dan Pembangunan Desa, Biro Kerohanian, Biro Kesenian, Belia dan Sukan, Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro Pendidikan. Sejak sekian lama JKKK berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung.

Sehingga kini program-program yang dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Contohnya, JKKK bersama penduduk kampung mengadakan aktiviti-aktiviti gotong-royong dan sukan bagi merapatkan hubungan silaturahim. Selain itu, JKKK kampung ini turut merancang aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan.
JKK Kampung Chohong sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan yang diatur berjalan lancar. Kerjasama yang baik selama ini dapat membantu memajukan kampung. Melalui JKKK juga masyarakat di sini telah mendapat pelbagai maklumat berguna membabitkan hal-hal pembangunan dan dasar-dasar kerajaan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK